KUANTAN 8 Julai – Acara sambutan meraikan kejayaan skuad Tok Gajah menjulang Piala FA 2018 setelah menumpaskan Selangor 2-0 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam terpaksa ditangguhkan sementara berikutan pasukan itu kini memberi fokus terhadap saingan Liga Super pada Rabu dan Sabtu ini. Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, tumpuan itu penting bagi membolehkan pasukan tersebut memperbaiki carta liga, sekali gus layak beraksi dalam kempen Piala…










