Tindakan buli penjawat awam malapetaka kepada organisasi kerajaan - Utusan Malaysia

Tindakan buli penjawat awam malapetaka kepada organisasi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Tindakan membuli penjawat awam dengan desakan supaya berhenti dan sebagainya merupakan satu malapetaka kepada Organisasi Kerajaan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohamad Razlan Rafii berkata, penjawat awam merupakan tulang belakang kepada sesebuah kerajaan dan tidak sepatutnya dimalaukan seperti desakan G25 supaya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berundur.

“Desakan ini bukan sahaja dilihat memalukan ketua penjawat awam, malah mendorong kepada orang bawahan secara lansung tidak akan menghormati jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara.

“Sekira G25 mendesak Ketua Setiausaha Negara meletakan jawatan, adakah ini bermaksud beliau serta semua Ketua Setiausaha di seluruh kementerian perlu berasa malu dan meletakan jawatan semata-mata mereka semua berkhidmat kepada Menteri kerajaan sebelum ini?

“Cukuplah 17,000 pegawai kontrak yang ditamatkan, ada diantara mereka ini bukan berurusan secara langsung dengan menteri atau orang politik, tapi pengkhianatan kepada mereka tetap dikenakan, dan ini merupakan satu tindakan zalim terhadap mereka,” kata Mohamad Razlan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan G25 yang agar Ali meletakkan jawatan secara terhormat.

Gesaan itu dibuat selepas timbul publisiti buruk dan kritikan kepimpinan baru terhadap perkhidmatan awam negara.

Kumpulan itu berkata, semua kakitangan kerajaan akan menghargai “pengorbanan” Ali bagi memberi laluan kepada KSN baru mengembalikan semula reputasi perkhidmatan awam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata terdapat penjawat awam tidak memberikan komitmen kepada agenda reformasi kabinet kerana masih setia kepada pemimpin lama.

Mohamad Razlan berkata, G25 sepatutnya membantu kerajaan Pakatan Haraoan memperbetulkan seperti mana yang di mohon oleh Perdana Menteri, memberi idea dan tambah baik, bukan dengan tindakan cadangan yang mudah dan kolot mengarahkan penjawat awam melepaskan jawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN