SUNGAI BULOH – Tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut dalam satu kemalangan di Kilometer 451.5 Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan di sini malam tadi. Kejadian pukul 9.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa berusia 10 hingga 21 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan kepala. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kesemua mangsa berkenaan merupakan penunggang dan pembonceng motosikal…










