Tiga lelaki dipercayai warga asing pecah masuk rumah Isa Samad - Utusan Malaysia

Tiga lelaki dipercayai warga asing pecah masuk rumah Isa Samad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Tiga lelaki bersenjatakan parang dan pisau memecah masuk rumah milik bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dalam kejadian di Nilai Springs Heights di sini awal pagi ini. 

Dalam kejadian samun kira-kira pukul 4.55 pagi itu, dua penghuni dewasa rumah tersebut diikat oleh suspek, manakala penghuni lain termasuk empat kanak-kanak tidak diapa-apakan oleh penjenayah terbabit.

Difahamkan ketika kejadian, Mohd. Isa tidak berada di rumah berkenaan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, terdapat seramai tujuh individu mendiami rumah itu sewaktu kejadian tersebut berlaku. 

“Suspek disyaki tiga lelaki warga asing. Dua mangsa dewasa diikat dengan wayar telefon serta ditutup dengan selimut oleh suspek di ruang tamu, manakala mangsa yang sedang tidur tidak diusik. 

“Semua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN