Tidak terima permohonan ekstradisi Zakir Naik - Utusan Malaysia

Tidak terima permohonan ekstradisi Zakir Naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Seorang peguam hari ini mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima permohonan ekstradisi daripada kerajaan India terhadap pendakwah bebas ter­kenal, Dr. Zakir Naik.

ne_06 :
ZAKIR NAIK

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz mendedahkan satu surat yang dihantar pihaknya kepada PDRM pada 5 dan 16 April lalu berkaitan status Zakir sama ada menerima permohonan ekstradisi daripada negara tersebut.

Menurutnya, beliau menerima surat maklum balas daripada Bahagian Perundangan PDRM yang ditandatangani Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkenaan status anak guamnya.

“Pihak PDRM telah membalas surat kami dan mengesahkan bahawa setakat ini tiada sebarang permohonan ekstradisi dibuat oleh kerajaan India terhadap DZN (Dr. Zakir Naik).

“Oleh itu, tiada sebarang isu berkaitan penghantaran balik beliau relevan untuk di bincangkan buat masa ini,” katanya dalam status akaun Facebooknya hari ini.

Sementara itu, sumber PDRM turut mengesahkan tentang surat tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

“Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ada memberi maklum balas yang Zakir tidak akan dihantar pulang ke India.

“Daripada PDRM, kita memang tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi namun daripada pihak lain kita tidak pasti,” ujarnya.

Sebelum ini, isu Zakir mendapat perhatian umum selepas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mendesak kerajaan menghantar pulang pendakwa bebas itu pulang ke India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN