Tidak sanggup berdepan Allah jika mungkiri janji - Utusan Malaysia

Tidak sanggup berdepan Allah jika mungkiri janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sanggup untuk berdepan dengan Allah sekiranya beliau gagal dan memungkiri janji kepada rakyat Malaysia, termasuk untuk melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang dijanji dalam manifesto pilihan raya.

Kata beliau, disebabkan itu manifesto Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibuat mengikut yang termampu dan tidak menjanjikan perkara yang sukar dilaksanakan.

Oleh itu katanya, menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji mereka seperti termaktub di dalam manifesto dan mahu rakyat jangan menerima kurang daripada apa yang telah dijanjikan.

“Semasa menjadi Perdana Menteri, saya hanya membuat janji apa yang kerajaan mampu lakukan.

“Saya tidak sanggup berdepan Allah kalau gagal dan memungkiri janji kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam majlis sambutan hari lahirnya yang ke-65 dan majlis meraikan waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN