Tidak salah lantik bukan Islam pegang jawatan tertinggi kerajaan - Utusan Malaysia

Tidak salah lantik bukan Islam pegang jawatan tertinggi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Pelantikan individu bukan Islam dalam beberapa jawatan tertinggi kerajaan adalah sah dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

MOHAMED HANIPA MAIDIN
MOHAMED HANIPA

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng adalah jelas merujuk kepada peruntukan berkenaan.

Malah, katanya, semua pihak perlu menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi dalam sistem perundangan negara.

“Jika kita boleh menerimanya, kita mesti bersetuju bahawa tiada permainan politik dibenarkan melangkaui skop Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada siapa menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sempurna tetapi tiada sesiapa boleh menafikan bahawa sistem itu mempunyai sumbangan signifikan terhadap negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Hanipa mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan rasional kerajaan dalam melantik orang bukan Islam ke jawatan tertinggi kerajaan yang berkaitan dengan urusan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN