SAUDARA PENGARANG, PARA pemilik perniagaan serta pelanggan di Jalan Pegawai U1/33, Estet Perindustrian Hicom-Glenmarie, Shah Alam ingin menggesa agar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperbetulkan sebatang tiang lampu jalan yang telah lama senget dan dikhuatiri tumbang pada bila-bila masa.

Jika dibiarkan dalam keadaan begitu lebih lama lagi, tiang lampu itu dibimbangi akan tumbang dan mungkin menghempap kenderaan mahupun orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Saya harap MBSA mengambil maklum dan melakukan kerja-kerja membaik pulih serta penyelenggaraan lampu tersebut serta kemudahan awam lain di kawasan ini dengan kadar segera.
KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam










