Tiada tempat untuk penjenayah seks di sekolah - Dr. Maszlee - Utusan Malaysia

Tiada tempat untuk penjenayah seks di sekolah – Dr. Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Ogos – Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan keras dan tidak akan bertoleransi dengan guru-guru yang terlibat dengan kes jenayah seks di sekolah.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek menegaskan, pihak kementerian komited dalam menangani gejala tersebut dan tiada tempat untuk mana-mana penjenayah seks di sekolah.

Beliau yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai kes jenayah berat turut meminta ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa serangan seksual agar membuat laporan polis.

“Saya merayu kepada mangsa dan ibu bapa mangsa agar segera tampil untuk melaporkan apa-apa salah laku seks oleh mana-mana guru yang terbabit.

“Saya juga ingin menekankan bahawa pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu bertindak tegas dan tidak mengambil sikap melindungi guru terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan beberapa kes cabul membabitkan pelajar lelaki dan perempuan oleh guru sekolah sama ada di dalam sekolah atau ketika mengikuti program di luar sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN