Tiada hasrat untuk isytihar bankrap peminjam PTPTN - Utusan Malaysia

Tiada hasrat untuk isytihar bankrap peminjam PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai sebarang hasrat untuk mengisytiharkan bankrap ke atas para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal melunaskan pembayaran seperti yang tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Cheng menjelaskan bahawa, perkara itu berpunca daripada salah faham yang dilaporkan oleh beberapa agensi media berhubung kenyataannya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Dengan nada kecewa, beliau berkata, tindakan itu adalah tidak mustahil untuk dilaksana sekiranya dirasakan perlu namun ia bukanlah sesuatu berstatus segera sebaliknya perlu kajian yang terperinci.

“Apa yang saya sebut dalam Parlimen adalah kita tidak boleh terus senarai hitam mereka kerana tidak adil jika dibandingkan dengan sistem perbankan.

“Dan dalam ayat saya adalah ‘kalau’ perlu, kita akan buat tetapi itu hanya ‘kalau’, iaitu subjek kepada kajian kita. Jangan salah faham maksud saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN