LONDON 26 Julai – Pemain golf wanita No. 5 dunia, Lexi Thompson mungkin terlepas Terbuka Britain bulan depan bagi membolehkannya ‘mengecas’ kekuatan mentalnya. Dalam laman media sosial pemain Amerika berusia 23 tahun itu, dia memberitahu dia mengharungi halangan yang amat hebat sepanjang 18 bulan lalu. Pada Mac lalu, Thompson pernah memberitahu dia masih dihantui mimpi ngeri selepas dikenakan penalti empat pukulan yang menjejaskan peluangnya untuk meraih kemenangan dalam kejohanan Inspirasi…










