JEPUN yang digelar sebagai negara Matahari Terbit mempunyai sebuah bandar raya paling dinamik di dunia iaitu Tokyo. Bersesuaian dengan statusnya sebagai pusat komersial, Jepun menjadi salah satu kuasa ekonomi teratas dunia hasil arus pemodenan yang begitu deras mengalir. Bangunan pencakar langit melitupi muka bumi Tokyo dan papan-papan iklan digital berserta sinaran lampu neon menerangi setiap pelosok bandar raya itu. Penulis berpeluang menjejakkan kaki di Tokyo pada pertengahan musim bunga dan…