Terlalu awal untuk menilai saya - Mat Sabu - Utusan Malaysia

Terlalu awal untuk menilai saya – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata masih terlalu awal untuk pihak tertentu menilai kemampuannya sebagai anggota kanan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

Presiden Amanah itu juga berkata, buat masa sekarang beliau mahu memberi perhatian penuh terhadap tugasnya di kementerian dan tidak mahu melayan sebarang komen pihak luar.

“Baru dua bulan… waktu saya banyak habis di situ (kementerian), tumpuan saya sekarang terhadap Kementerian Pertahanan, soal menilai kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas sindiran  bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan mempertikai kemampuan menteri pertahanan itu. 

Najib yang pernah menerajui Kementerian Pertahanan  dilaporkan berkata demikian ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis baru-baru ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN