Tengku Razaleigh ketuai Jemaah Penasihat UMNO - Utusan Malaysia

Tengku Razaleigh ketuai Jemaah Penasihat UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – UMNO memutuskan untuk menubuhkan Jemaah Pe­­na­sihat parti yang akan dipengerusikan ve­teran UMNO, Tengku Raza­leigh Hamzah.

TENGKU RAZALEIGH
TENGKU RAZALEIGH

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tujuan penubuhan jemaah itu adalah bagi memantau perjalanan dan hala tuju parti yang kini menjadi blok pembangkang.

Katanya, ahli-ahli yang akan mengganggotai jemaah itu nanti akan ditentukan oleh pengerusi.

“Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini telah bersetuju menubuhkan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah.

“Tugas dan tanggungjawab serta pelantikan ahli Jemaah Penasihat itu akan diumumkan sendiri Tengku Raza­leigh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, MT UMNO juga telah menubuhkan sembilan majlis yang bertangungjawab memperkasa dan menyemarakkan UMNO sebagai parti politik.

Beliau berkata, majlis itu juga akan memberi tumpuan kepada sektor atau isu-isu utama untuk ditangani oleh pegawai-pegawai kanan UMNO sendiri.

Beliau memberitahu, UMNO juga secara dalaman telah me­nubuhkan lapan jawatankuasa baharu bagi menggantikan biro UMNO.

“Ini adalah untuk menentukan kesempurnaan perjalanan yang telah disusun bagi pentadbiran parti. Ini bagi menggantikan biro yang pernah terdapat di dalam pentadbiran UMNO,” ujarnya.

Di samping itu, tambah Ahmad Zahid, MT UMNO juga bersetuju untuk menubuhkan 10 sekretariat yang memberi tumpuan kepada isu-isu mutakhir.

“Ini kerana sejak akhir-akhi­r ini, terdapat isu melibatkan perubahan dasar yang dilihat perlu ditangani UMNO dan mengambil kira isu-isu yang sedang dihadapi rakyat.

“Pendekatan UMNO bukan lagi kepada politik pembangunan dan politik perkhidmatan. Ini kerana kita sudah menjadi teras kepada gabungan pembangkang. Kita guna pendekatan kepada isu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN