Tengku Permaisuri Selangor hadir Jamuan Hari Raya Aidilfitri PVRTM - Utusan Malaysia

Tengku Permaisuri Selangor hadir Jamuan Hari Raya Aidilfitri PVRTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran RTM (PVRTM) yang berlangsung di Angkasapuri, di sini hari ini.

Majlis itu diserikan lagi dengan sumbangan yang disampaikan oleh Tengku Permaisuri Norashikin kepada 11 orang ahli PVRTM.

Presiden PVRTM, Latiffah Ahmad Sidek berkata, majlis tersebut diadakan bagi menjalin hubungan mesra bersama ahli-ahli PVRTM yang telah ditubuhkan selama 23 tahun.

“PVRTM telah ditubuhkan selama 23 tahun dan bergerak aktif dengan penyertaan daripada ahli-ahli yang berada di seluruh Malaysia.

“PVRTM turut berbesar hati dengan kehadiran Tengku Permaisuri Norashikin yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga RTM,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN