KUANTAN – Cucunda Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa 18 Jun lalu.
Pengurniaan gelaran tersebut dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail kepada pemberita di sini hari ini.
Tengku Hassanal yang berusia 23 tahun merupakan putera sulung Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan cucunda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sehubungan dengan gelaran yang dikurniakan, panggilan hormat yang akan digunakan ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah,” kata Muhammad Safian. – K! ONLINE











