KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. (FGV) bertekad untuk memperjuangkan semua isu berkaitan pekebun kecil terutamanya ketika peluang industri untuk beroperasi dicabar atas beberapa sebab tertentu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad berkata, syarikat sentiasa menghormati kedudukan pembekal buah tandan segar (FFB) yang terdiri daripada pekebun kecil, termasuk peneroka, serta akan berusaha keras bagi memelihara dan menguatkan hubungan dengan mereka. “FGV menyokong lebih 112,000 peneroka Felda, yang mana…










