TDM Berhad sasar komersial baja tandan kelapa sawit dua tahun lagi - Utusan Malaysia

TDM Berhad sasar komersial baja tandan kelapa sawit dua tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Kumpulan TDM Berhad, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu berteraskan industri kelapa sawit menyasar untuk mengkomersialkan produk baja organik diperbuat daripada tandan kelapa sawit yang dikenali sebagai TDMBio dalam tempoh dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Datuk Mohamat Muda berkata, TDMBio diproses di kilang automasi sepenuhnya milik syarikat itu di Kampung Padang Kubu dekat sini.

Menurutnya, kilang tersebut menggunakan teknologi mikrob secara ‘in house’ hasil penyelidikan dijalankan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama TDM selama enam bulan. 

“Setakat ini, kita telah gunakan kira-kira 30,000 tan metrik TDMBio di kebanyakan ladang-ladang kelapa sawit TDM namun ia belum dikomersialkan ke pasaran luar. 

“Dianggarkan hanya 30 peratus tandan daripada 230,000 tan metrik kelapa sawit dapat dikumpul buat masa ini. Jika mampu dapatkan lebih banyak tandan kelapa sawit barulah kita cuba keluarkan produk tersebut dan patenkan,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Kilang Bio-organik yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Kampung Padang Kubu hari ini. 

Jelas Mohamat, penggunaan teknologi itu turut mengurangkan kos pembelian mikrob dari pasaran luar sebanyak 11 peratus setahun. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN