Tarif elektrik naik, sebabkan harga barang naik, rakyat terbeban - Utusan Malaysia

Tarif elektrik naik, sebabkan harga barang naik, rakyat terbeban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kenaikan bersih tarif elektrik seperti yang diumumkan kerajaan dilihat akan menyebabkan harga barang meningkat sekali gus membebankan rakyat.

NADZIM JOHAN
NADZIM JOHAN

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan kerajaan berhubung kenaikan itu dilihat tidak sesuai dilaksanakan sekarang memandangkan rakyat ketika ini sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang walaupun kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan pada 1 Jun lalu.

“Sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah untuk menurunkan harga barang terlebih dahulu selepas kadar GST disifarkan supaya tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat dapat dikurangkan.

“Kita berharap kerajaan akan mengkaji semula mekanisme yang sesuai untuk menyerap kenaikan bersih tarif elektrik ini dengan melakukan perbincangan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran gerai lemang sukarelawan PPIM di Ukay Boulevard, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN