TUMPAT 7 Julai – Pertandingan ‘Igak Ike’ (Tangkap Ikan) anjuran Masjid At-Taqwa Kampung Padang Tembesu, di sini dijadikan medium merapatkan semula hubungan dalam kalangan penduduk yang agak renggang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Taqwa Anuar Mohamad, 50, berkata, program kali pertama anjuran pihaknya itu membabitkan 98 peserta selain berjaya menghimpunkan lebih 500 penduduk untuk turun padang menyaksikan pertandingan menangkap ikan beramai-ramai. “Saya akui hubungan dalam kalangan…










