IKLAN Khidmat Masyarakat Radio Klasik antara lain berbunyi: “Hai, mengapalah budak-budak ni. Dah senja macam ni belum balik lagi. Apalah yang mereka cari di luar sana tu. Sampai sekarang masih belum balik-balik.” Iklan ini muncul tidak berapa lama selepas kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Dato Keramat pada 14 September tahun lalu yang mengorbankan 23 orang termasuk dua orang guru di pusat tahfiz tersebut. Iklan ini masih…










