KUALA LUMPUR 25 Julai – Penangguhan sidang Dewan Rakyat selama enam minit semalam berikutan kuorom tidak mencukupi dibuat dengan mengikut peraturan dewan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, situasi itu berlaku disebabkan ada di antara Ahli Parlimen masih bermesyuarat.
“Supaya tidak melanjutkan perkara ini, saya ingin maklumkan ada sikit masalah semalam bukan masalah besar, lewat enam minit sahaja.
“Yang Berhormat kita masih ada berbincang sesuatu kerana ada mesyuarat, kita ambil maklum hal ini,kita memohon media massa seperti The Star dan sebagainya faham apa yang berlaku dan apa yang berlaku dibuat mengikut peraturan dewan,” katanya sebelum sidang Dewan Rakyat disambung semula selepas waktu rehat, hari ini.- UTUSAN ONLINE










