YANGON 14 Julai – Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala 45 lagi cedera akibat tanah runtuh di utara Myanmar hari ini.
Menurut pentadbir wilayah Hpakant, utara negeri Kachin, Kyaw Swar Aung, ketika kejadian, para pelombong dikatakan sedang mencari batu jed sebelum tanah runtuh itu berlaku.
Usaha mencari mangsa di kawasan Lone Khin itu diberhentikan hari ini selepas 15 mayat dibawa keluar.
“Kami memberhentikan usaha mencari pada pukul 5.30 petang waktu tempatan dan akan meneruskan operasi esok,” kata Swar Aung. – REUTERS










