Tak perlu tutup, perkasa sekolah tahfiz - Aminohuda - Utusan Malaysia

Tak perlu tutup, perkasa sekolah tahfiz – Aminohuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Julai – Sekolah tahfiz tidak perlu ditutup, sebaliknya harus diperkasakan dengan melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikannya tersusun dan selaras dengan dasar pendidikan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penambahbaikan dibuat dapat memastikan sekolah tahfiz bukan sahaja kekal relevan, malah setaraf dengan pusat pengajian lain.

“Antara penambahbaikan boleh dibuat termasuk memantau tenaga pengajar di sekolah berkenaan selain meningkatkan infrastruktur, khususnya aapek keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah terbaik adalah dengan memastikan sekolah tahfiz yang beroperasi didaftar dengan kerajaan, secara tidak langsung ini membolehkan kerajaan membantu sekolah berkenaan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Larkin Sentral, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×