MADINAH 11 Julai – Lembaga Tabung Haji sudah bersedia menerima kehadiran 30,200 jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini dengan hampir keseluruhan persediaan sudah disiapkan. Naib Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Affandi Abdullah berkata, persiapan menyambut mereka sudah 80 peratus selesai dengan kumpulan pertama jemaah berkenaan akan tiba di sini pada pukul 10 pagi waktu tempatan, Sabtu ini. Beliau yang juga Pengarah Operasi Madinah memberitahu,…










