Syed Zahiruddin Panglima Angkatan Bersama - Utusan Malaysia

Syed Zahiruddin Panglima Angkatan Bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Laksamana Madya Datuk Syed Zahi­ruddin Putra Syed Osman dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama yang Ke-11 berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Laksamana Madya Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany yang telah meme­gang jawatan Panglima Angkatan Bersama Ke-10 mulai 30 November 2017.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini de­ngan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Syed Zahiruddin Putra sebelum ini menyandang jawatan sebagai Panglima Armada Timur sejak 27 April 2017.

Beliau yang dilahirkan pada 27 Julai 1959 di Perak mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada September 1977 dan telah menjalani latihan Pegawai Kadet Kanan di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, United Kingdom pada 1978.

Syed Zahiruddin Putra telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada Disember 1979 dan telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Madya pada 8 Januari 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN