Syed Saddiq jumpa Tommy bincang had umur pengundi - Utusan Malaysia

Syed Saddiq jumpa Tommy bincang had umur pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu Peguam Negara, Tommy Thomas untuk berbincang mengenai pindaan undang-undang untuk memperkasakan anak muda dengan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Beliau berkata, Indonesia, Thailand, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Filipina dan lain-lain negara sudah pun melaksanakan peraturan baharu tersebut.

“Bersama Peguam Negara berbincang tentang pindaan undang-undang untuk memperkasakan anak muda dengan menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Indonesia, Thailand, UK, AS, Filipina dan lain-lain, semua dah buat.

“Di Malaysia, ada segelintir yang memperlekehkan mereka. They’re wrong!,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Salah satu manifesto Pakatan Harapan adalah mengubah usia layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Perubahan berkenaan memerlukan pindaan pada Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan Pakatan Harapan menguasai kurang daripada dua pertiga kerusi Dewan Rakyat, maka cadangan pindaan Perlembagaan itu memerlukan kerjasama daripada anggota Parlimen pembangkang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN