BANGI – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee bagi mencari penyelesaian isu kemungkinan pasukan bola sepak negara menarik diri dari menyertai temasya Sukan Asia bulan depan. Beliau berkata, isu pelepasan pemain oleh pasukan negeri bagi mewakili negara memerlukan perbincangan teliti termasuk pandangan daripada exco sukan setiap negeri. “Saya akan bertemu Kim Swee bagi berbincang…










