Syatilla Melvin keguguran - Utusan Malaysia

Syatilla Melvin keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri kepada pelakon Sam itu mengalami keguguran minggu lalu.

Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, berkata, dia berasa sedikit kecewa memandangkan dia dan Sam memang telah bersedia untuk menimang anak.

Namun, ibu kepada Syeriv Samheizy , 1, bagaimanapun reda dengan takdir yang telah ditentukan.

“Sekitar minggu lepas, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin saya penat sangat sehingga janin yang telah berusia enam minggu gugur.

“Pada mulanya, saya agak sedih, maklumlah kami memang merancang untuk menambah zuriat. Tetapi, saya dan Sam reda dengan apa yang telah berlaku,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Syatilla berkata, dia dan Sam masih berusaha untuk menimang cahaya mata.

“Jika selepas ini saya ditakdirkan hamil lagi, saya akan menjaga kandungan tersebut sebaiknya,” katanya yang kini masih melalui proses berpantang.

Untuk rekod, Syatilla pernah mengalami keguguran sebelum dia mengandungkan Syeriv.

Bagaimanapun, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudahkan apabila disahkan hamil sebulan kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN