Swasta mahu rumah mampu milik berharga RM500,000 - Utusan Malaysia

Swasta mahu rumah mampu milik berharga RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Jabatan Perumahan Negara akan membentangkan beberapa perubahan dalam Dasar Perumahan Negara (DRN) merangkumi pasaran sewaan yang dijangka diumumkan pada September ini.

N. Jayaselan
N. JAYASELAN

Dasar itu akan meliputi subset bagi perumahan awam yang mana pemaju swasta mahu rumah mampu milik didefinisikan sebagai berharga RM500,000 sebuah.

Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N. Jayaselan berkata, walau bagaimanapun, di bawah segmen perumahan awam, pihak kerajaan mahu ia berada dalam lingkungan RM300,000 sebuah.

“Meskipun harga masih belum dipersetujui, sektor awam dan sektor swasta telah bersetuju untuk membahagikan kepada beberapa kawasan yang berbeza dalam usaha mewujudkan kejelasan bagi penentuan harga.

“Sebanyak enam agensi akan berada di bawah kementerian iaitu Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1­MA), Syarikat Perumahan Negara Bhd., RumahWIP, UDA, Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPA1M),” katanya dalam Persidangan Perumahan Mampu Milik 2018 di sini hari ini.

Mengulas lanjut tentang DRN, Jayaselan berkata, beberapa undang-undang akan mengambil masa dua tahun untuk dikaji tetapi perubahan daripada tindakan yang bakal diambil sudah dijangka dan dikaji sejak satu setengah tahun yang lalu.

Jelas beliau, undang-undang baharu berkaitan hartanah komersial dan undang-undang sewa sedang dikaji begitu juga harga rumah oleh sektor awam-swasta.

“Isu-isu dan perundangan sedang diteliti berdasarkan pelaksa­na­an negara-negara la­in dengan tujuan untuk menjdikan pembangunan hartanah sebagai sektor mampan.

“Peningkatan pangsapuri per­khidmatan, rumah pejabat (SOHO) yang memiliki elemen kediaman menjadikan ia perlu mempunyai undang-undang baharu yang mengawal projek-projek tersebut bagi melindungi pembeli,” katanya.

Pengumpulan dan rakaman data daripada pemaju oleh Jabatan Perumahan Negara dan Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC) dijangka bermula pada Januari 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN