Swadaya Chung Hwa Wei Sin juara Pancaragam Junior Asia 2018 - Utusan Malaysia

Swadaya Chung Hwa Wei Sin juara Pancaragam Junior Asia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELANA JAYA 14 Julai – Pasukan pancaragam Swadaya, Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin dari Malaysia muncul juara dalam pertandingan akhir Pancaragam Junior Asia (AJMBC) 2018 dengan persembahan bertenaga di Stadium Airasia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Pasukan yang dianggotai 83 ahli itu memperolehi markah 89.50 peratus.

Pertandingan itu turut menyaksikan pasukan pancaragam Kor Kadet Victoria Institution juga dari Malaysia menduduki tempat kedua dengan markah 89.10 peratus manakala tempat ketiga pasukan pancaragam Bahana Sparadha dari Indonesia (88.80 peratus).

Tahun ini Malaysia dipilih sebagai tuan rumah dalam pertandingan berprestij itu yang turut disertai tiga buah negara lain.

Selain Malaysia, pertandingan itu turut disertai Indonesia, Hong Kong dan Filipina.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

Yang turut hadir wakil dari Kementerian Pendidikan, Mohd. Rashid Mean serta Pengerusi AJMBC, Shahrin Albakri Mustafa Albakri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN