Suspek penipuan pakej umrah direman tiga hari - Utusan Malaysia

Suspek penipuan pakej umrah direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 18 Julai – Seorang lelaki yang menjadi dalang kes penipuan pakej umrah melibatkan 21 mangsa di sekitar Temerloh di sini ditahan reman tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan yang melibatkan kerugian hampir RM140,000.

“Suspek dibawa ke mahkamah Temerloh hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut dan mahkamah membenarkannya,” katanya di sini hari ini.

Suspek yang dipercayai menjadi dalang kes penipuan pakej umrah dengan kerugian sebanyak RM139,871 itu diberkas polis kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

Lelaki itu ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Pangsapuri Birchwood Court, Pingkiran Lembah Hijau 9, Bandar Tasik Puteri (Kundang), Rawang, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN