KUALA LUMPUR 6 Julai – Polis mengenal pasti seorang individu disyaki terlibat dengan kes mayat wanita dikerat enam dan ditemukan dalam dua beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak, di sini semalam.
![]() |
|
SHAHARUDIN
|
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek berkenaan dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat berhampiran lokasi terbabit.
“Berdasarkan rakaman CCTV, seorang individu dilihat menarik beg pakaian itu sebelum dibuang di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.
Menurutnya, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berhubung siasatan kes berkenaan pada Isnin nanti. – UTUSAN ONLINE












