KUALA LUMPUR 25 Julai – Seorang lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita yang dikerat beberapa bahagian sebelum diletakkan dalam dua beg di tepi jambatan Jalan Ipoh di sini pada 5 Julai lalu, ditahan pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, suspek ditahan di sekitar Johor kira-kira pukul 2 pagi oleh sepasukan polis selepas mendapat maklumat mengenainya. “Suspek kemudiannya…










