Suspek curi buah kelapa sawit maut dipukul - Utusan Malaysia

Suspek curi buah kelapa sawit maut dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Seorang lelaki yang juga merupakan suspek curi buah kelapa sawit maut hari ini selepas dipercayai dipukul orang awam di Batu 10 Lekir pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asistan Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, dalam kejadian tersebut suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserah pada pihak polis Rabu lalu.

“Ketika diserahkan kepada pihak polis, suspek didapati dalam keadaan cedera.

“Anggota diarahkan untuk membawa suspek ke Hospital Seri Manjung bagi tujuan mendapatkan rawatan dan dia telah ditahan di wad,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, pada Khamis lalu, suspek telah diberi jaminan oleh pihak polis kerana masih menerima rawatan susulan di Hospital.

“Ketika berada dalam jaminan pihak polis, suspek berada dalam keadaan sedar dan stabil. Bagaimanapun, suspek meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi semasa menerima rawatan.

“Hasil bedah siasat mendapati suspek maut akibat kecederaan yang dialami kesan dipukul,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN