Surat rasmi beku akaun cucu Najib didedah - Utusan Malaysia

Surat rasmi beku akaun cucu Najib didedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Seorang pemimpin UMNO hari ini mendedahkan surat rasmi yang didakwa mempunyai kaitan dengan tindakan pembekuan tiga akaun CIMB anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa.

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, tindakan pembekuan itu turut melibatkan akaun `Junior Saver’ Adam Razak iaitu anak kepada Nooryana berumur sepuluh bulan yang didaftarkan atas nama ibunya.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nak nafi? Memanglah akaun atas nama ibu sebab Adam (Razak) masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver?.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada ke mak orang pakai junior akaun,” soalnya dalam status di Instagram beliau hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menafikan bahawa pihaknya telah membeku akaun cucu Najib.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN