Surat beku akaun Adam didedah - Utusan Malaysia

Surat beku akaun Adam didedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Seorang pemimpin UMNO hari ini mendedahkan surat rasmi yang didakwa mempunyai kaitan dengan tindakan pembekuan tiga akaun CIMB anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam men­dakwa, tindakan pembekuan itu turut melibatkan akaun Ju­nior Sa­ver Adam Razak iaitu anak kepada Nooryana berumur 10 bulan yang didaftarkan atas nama ibunya.

“SPRM nak nafi? Memang­lah akaun atas nama ibu sebab Adam (Razak) masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver?

“Ada ke mak orang pakai ju­nior akaun,” soalnya dalam status akaun di Instagram beliau hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menafikan bahawa pihaknya telah membekukan akaun cucu Najib.

Berdasarkan surat rasmi yang dimuat naik tersebut, pembekuan akaun Noor­yana dilakukan mengikut subseksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Ke­ganasan dan Hasil daripada Aktiviti Ha­ram 2001 (AMLA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN