KUALA LUMPUR 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap kerajaan akan terus berusaha mencari jalan untuk mendepani cabaran geopolitik dan ekonomi dunia hari ini. Titah Seri Paduka, perkara itu demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat serta negara. “Cabaran-cabaran seperti ketidaktentuan ekonomi global, konflik politik, krisis kemanusiaan di peringkat antarabangsa akan terus mempengaruhi geopolitik dan ekonomi dunia. “Dalam hal ini, beta berharap kerajaan akan terus berusaha mencari jalan untuk…










