Sultan Kedah dianugerah darjah kerabat, Hashim Jasin dapat Datuk - Utusan Malaysia

Sultan Kedah dianugerah darjah kerabat, Hashim Jasin dapat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 17 Julai – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK) kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-75 hari ini.

Istiadat penganugerahan DK itu akan disempurnakan pada tarikh bersesuaian yang akan ditetapkan.

Sultan Sallehuddin mendahului se­narai 298 penerima darjah dan pingat kebesaran Perlis yang istiadat pengur­niaan sebahagian dari­pada penerimanya berlangsung di Ba­lairung Seri Istana Arau hari ini

Pada istiadat pengurniaan sebahagian daripada penerima darjah kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Arau, di sini itu, Raja Perlis turut berkenan menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah iaitu penerima tunggal yang menerima darjah kebesaran tersebut.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail pula merupakan penerima tunggal Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai lima orang dianugerahkan Darjah Dato’ Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahmad Bakri Ali; Ahli Jawatankuasa Kewangan Majlis Agama Islam Perlis, Datuk Ir. Wan Ab. Ghaffar Wan Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah (keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara), Zulfikri Osman; Panglima Satu Divisyen, Kem Muara Tuang, Mejar Jeneral Toh Choon Siang dan Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan, Brigedier Jeneral Zarondin Md. Amin.

Lima orang menerima Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sanglang yang juga Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin; Timbalan Ketua Setiausaha Pelancongan Haslina Abdul Hamid; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Amir Omar; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,

Dalam pada itu, lima orang menerima Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) iaitu Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib; Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Rohimi Shapiee; Setiausaha Bahagian Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Yusran Shah Mohd. Yusof; Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zaini Hussin dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Datin Kalmizah Salleh.

Manakala bagi Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) membabitkan 18 penerima; Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) (27 penerima); Pingat Mahkota Perlis (PMP) (29 penerima); Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (5 penerima); Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (89 penerima); Pingat Jasa Baik (PJB) (84 penerima) dan 28 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Terdahulu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan selain menyaksikan bendera peribadi dipecahkan selain tembakan meriam hormat diraja sebanyak 21 das.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN