SELEPAS 17 hari terperangkap di dalam gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai, Thailand, kesemua 12 orang kanak-kanak dan seorang jurulatih bola sepak akhirnya berjaya dibawa keluar dengan selamat pada 10 Julai lalu. Selain kisah kanak-kanak yang terperangkap itu, turut mencuri tumpuan dalam laman sosial adalah kisah beberapa individu yang turut sama-sama menyumbang masa dan tenaga untuk membantu operasi menyelamat tersebut. Antara individu yang menjadi sebutan pengguna laman sosial…










