Sukar dapat dokumen alasan gajikan PATI - Utusan Malaysia

Sukar dapat dokumen alasan gajikan PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Sukar mendapat dokumen dan terpaksa melalui pihak ketiga.

MUSTAFAR ALI

Itu antara alasan diberikan majikan yang masih berdegil menggajikan pekerja asing tanpa izin (PATI) sehingga ada pihak yang mendesak agar Ja­batan Imigresen menghentikan Operasi Mega yang seda­ng berjalan.­

Ketua Pe­ngarah­nya, Datuk Seri Mus­tafar Ali ber­­kata, itu merupakan antara alasan yang dinyatakan, sedangkan saluran yang betul dan pelbagai pendekatan telah disediakan kerajaan.

Ujarnya, proses yang perlu dilalui tidak sukar, namun majikan perlu menanggung kos dan mengikut prosedur tertentu sehingga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah menggunakan PATI kerana lebih murah.

Beliau menegaskan, sehingga kini sebanyak 1.76 juta pekerja warga asing telah pun berdaftar di negara ini, bukannya PATI se­perti dilaporkan hari ini.

“Saya ingin jelaskan, jumlah 1.76 juta adalah pekerja asing yang telah didaftarkan bukannya PATI.

“Operasi memburu PATI ini tidak akan dihentikan, sebaliknya akan terus dijalankan… majikan perlu bertanggungjawab serahkan PATI yang mereka gajikan sebelum 30 Ogos depan dan hanya bayar penalti RM400 kalau tidak mahu didakwa,” katanya.

Mustafar berkata, Jabatan Imigresen akan terus komited membanteras kemasukan pekerja haram kerana ini adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada Imigresen demi memelihara dan menjamin kedaulatan dan keselamatan negara tanpa kompromi.

“Kita sudah melakukan seba­nyak 8,217 operasi sejak 1 Januari lalu hingga semalam bagi membanteras kemasukan PATI.

“Seramai 100,710 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan daripada jumlah itu, 24,463 PATI serta 635 majikan ditahan,” jelasnya.

Tambah Mustafar, sejak dilancarkan, hampir 26,000 PATI sudah diusir pulang ke negara asal masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN