KUALA LUMPUR 17 Julai – Penyanyi antarabangsa Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 32, bangga dipilih sebagai duta penjagaan rambut jenama Pantene Malaysia yang baharu biarpun dirinya berhijab. Malah penyanyi lagu Crush itu juga merupakan duta pertama berhijab di Malaysia yang dipilih untuk menjayakan kempen #WanitaBesi produk Pantene. Bagi Yuna, beliau bersetuju untuk menjadi duta Pantene kerana yakin dengan produk tersebut selepas menggunanya sejak beberapa tahun lalu. “Saya berasa bangga dipilih…










