KUANTAN – Sepasang suami isteri tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun baru-baru ini. Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan secara bersama, Mohammad Zawawi Mohammad Jasni, 30, dan isterinya, Azreen Junysar, 29, dituduh mengabaikan anak mereka, Muhammad Lufthakim Abdullah, 10, daripada mendapatkan rawatan perubatan serta pemeliharaan mencukupi sehingga menyebabkan kecederaan fizikal yang membawa kepada kematian…










