KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan dilihat memberi kelebihan kepada rakyat dalam mendepani keperluan menampung sara hidup. Melalui cukai satu peringkat itu yang hanya perlu ditanggung oleh pengeluar atau pengilang, pengguna tidak lagi perlu membayar untuk harga ‘cukai atas cukai’ seperti yang dikenakan semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). SST juga hanya merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus yang dilaksanakan untuk GST.…










