SPRM tubuh pasukan penyiasat - Utusan Malaysia

SPRM tubuh pasukan penyiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyelewengan berhubung aktiviti kilang kitar semula plastik di Selangor.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani (gambar kecil) berkata, SPRM menggesa pihak yang mempunyai sebarang maklumat me­ngenai kegiatan tersebut agar tampil untuk membuat aduan bagi membantu siasatan jawatankuasa itu.

“Berdasarkan kepada bukti dan keterangan daripada pihak yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini, pihak SPRM akan berbincang dalam jawatankuasa ini supaya tindakan sete­rusnya dapat diambil,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan Pengerusi Jawatan­kuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian mendedahkan seramai sembilan individu pernah tampil ke pejabatnya untuk menawarkan habuan bagi melindungi aktiviti kilang haram itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN