SPRM tahan 5 kontraktor terlibat rasuah - Utusan Malaysia

SPRM tahan 5 kontraktor terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Julai – Lima kontraktor daripada syarikat berlainan direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes tuntutan palsu di negeri ini.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 30an hingga 50an dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Norhidayah Abdul Manaf di sini pada pukul 11.45 pagi tadi.

Kesemua suspek disyaki membuat tuntutan palsu melebihi RM400,000 berkaitan kerja penganjuran program yang tidak dilaksanakan di negeri ini.

Tuntutan palsu yang dibuat membabitkan program Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Keusahawanan di daerah Segamat, Mersing, Muar, Kluang, Tangkak dan Kulai serta Program Minggu Program Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan Peringkat Negeri Johor.

Kesemua suspek lelaki daripada syarikat berasingan ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 10 malam semalam bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN