SPRM Pahang terima pengarah baharu - Utusan Malaysia

SPRM Pahang terima pengarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menerima Pengarah baharu, Mohamad Fauzi Husin berkuat kuasa 7 Jun lalu.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM negeri itu diadakan di Bilik Gerakan Kompleks SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Mohamad Fauzi yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan, Seksyen Integriti, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri menggantikan Datuk Azmi Kamarudin yang bertukar Timbalan Pengarah Perisikan SPRM di ibu pejabat.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaffar Mahad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN