PUTRAJAYA 25 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM:
SPRM TIADA KUASA TARIK BALIK PENDAKWAAN KES LIM GUAN ENG pic.twitter.com/RQZEYIoWRX— SPRM (@SPRMMalaysia) July 25, 2018
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan.
“Sebaliknya, SPRM tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan dakwaan bahawa SPRM akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Guan Eng.
Guan Eng sebelum ini didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk membeli sebuah banglo di Pinhorn Road, Pulau Pinang daripada ahli perniagaan pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah nilai pasaran sebanyak RM4.27 juta. – UTUSAN ONLINE










