KUALA LUMPUR 11 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menjawab dakwaan kononnya seorang pegawai kerajaan Gred 54 yang dilaporkan memiliki RM29 juta dalam akaunnya dilepaskan daripada sebarang pertuduhan. MOHD. PUAD ZARKASHI Desakan itu disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang memberitahu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Norhartaty Rahmat sebelum ini telah direman pada 6 Oktober tahun lalu…










