SOSMA tidak bercanggah - Utusan Malaysia

SOSMA tidak bercanggah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang membolehkan individu ditahan selama 28 hari tanpa dihadapkan ke mahkamah tidak bercanggah dengan prinsip dan amalan Islam.

MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, hal ini kerana peruntukan tersebut diwujudkan kerajaan bagi mempertahankan lima prinsip maqasid syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta demi ke­selesaan serta kesejahte­raan rakyat.

Jelas beliau, mana-mana hukuman yang tidak termaktub di dalam hukum hudud dikenali sebagai hukum takzir, dan SOSMA tergolong dalam hukum tersebut yang ditakrifkan sebagai keputusan berdasarkan budi bicara pihak pemerintah atas tindakan yang dirasakan sebagai keperluan.

“Bagi saya peruntukan perundangan seperti SOSMA perlu ada ter­utama dalam berdepan dengan pelbagai ancaman keselamatan se­perti kumpulan pengganas. Bagaimanapun, isu ini terbuka kerana pihak pemerintah lebih tahu peruntukan perunda­ngan mana yang perlu dilaksanakan.

ABDUL RAHMAN OSMAN
ABDUL RAHMAN OSMAN

“Undang-undang itu (SOSMA) bertepatan dengan prinsip Islam iaitu bertujuan untuk mencegah, mengawal sesuatu perkara. Tidak timbul isu adil atau tidak kerana keputusan dibuat atas budi bicara pemerintah (lebih tahu),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata, kerajaan akan memansuhkan SOSMA yang dilihat tidak telus bagi memberi keadilan kepada rakyat.

Jelas Dr. Mahathir, rakyat berhak untuk dilindungi oleh undang-undang yang adil dan bukannya bersifat zalim kepada rakyat seperti dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, tiada salahnya menahan individu jika benar beliau me­ngancam keselamatan kerana perkara itu harus dilakukan.

Ujarnya, perkara berkenaan tidak bercanggah dengan Islam kerana selepas ditahan seseorang itu akan disiasat bagi mencari kebenaran.

“Kalau libatkan kes berat se­perti pengganas atau pelampau boleh sahaja kita tangkap tanpa perlu dibicarakan ,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN